Khamis, 11 Februari 2016

Usaha institusi pendidikan mengalak cinta akan negara

Usaha  Institusi Pendidikan


Kelab Rukun Negara.

        Antara langkah lain dalam mewujudkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia ialah dengan penubuhan Kelab Rukun Negara. Kelab Rukun Negara (KRN) adalah bertujuan untuk memupuk nilai-nilai yang terdapat dalam rukun negara dalam setiap diri rakyat Malaysia. 
       
       Selain itu juga, KRN juga diwujudkan untuk melahirkan masyarakat yang sentiasa bermuafakat bagi menghadapi sebarang ancaman  di negara ini. Selain itu,  prinsip dalam KRN juga sentiasa mengingatkan  para pelajar tentang kepentingan semangat patriotisme antara kaum di Malaysia.Kelab Rukun Negara diperkenalkan kepada murid supaya mereka mengetahui dan memahami falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara. 
       
       Di samping itu juga. Usaha ini dilakukan untuk menyemai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara di kalangan murid di sekolah. Dengan penubuhan Rukun Negara juga dapat mempertingkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan murid berasaskan sikap saling mempercayai, hormat-menghormati, toleransi dan kerjasama antara kaum.Oleh hal yang demikian, Kelab Rukun Negara ini dilihat sebagai salah satu usaha positif daripada kerajaan untuk memastikan wujudnya semangat patriotisme yang berterusan antara murid yang berbilang kaum. Penubuhan Kelab Rukun Negara ini diharap dapat memberi kesan sedikit sebanyak kesan positif dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi semangat patriotisme di kalangan masyarakat majmuk di negara Malaysia ini.



Konteks Agama dan Pendidikan Moral.





       Pendidikan moral dan konteks agama merupakan salah satu cara memupuk semangat patriotisma dalam kalangan masayarakat majmuk di Malaysia. Seperti yang kita tahu, ajaran Islam itu sendiri mengajar dan menuntut umatnya supaya menghormati hak orang lain, hak sesama islam, hak jiran dan sebagainya. Semangat patriotisma antara kaum dalam sesebuah masyarakat merupakan wahana yang membolehkan umat beribadah dengan aman dan selamat.   

        Selain itu juga, kontek agama yang menekankan kita untuk hidup bermasyarakat dan menghormati antara satu sama lain walaupun kita berbeza agama dan juga bangsa. Agama kita sendiri menekankan seandainya kita bergaul baik dengan semua orang kita tidak akan terbelenggu dengan ketidakpuasan orang lain. Seperti apa yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 dimana rusuhan kaum berlaku disebabkan oleh berbangkitnya isu-isu perkauman.
        

         Seterusnya selain dari konteks agama. Pendidikan moral juga di ajar disekolah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia terutama kalangan pelajar. Para pelajar dididik agar minda mereka disulami dengan nilai-nilai yang boleh membangkitkan semangat  memperjuangkan dan menjaga kedaulatan Negara agar tidak mudah dibaham oleh mana-mana kuasa asing. Bak kata pepatah melayu, ‘bersatu teguh, bercerai roboh atau  bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Oleh itu sama-samalah kita memupuk semangat patriotisme agar tidak terhapus dalam kalangan kita meski dunia makin maju.


Dasar Pendidikan Kebangsaan.

            Melalui dasar pendidikan kebangsaan, semangat patriotism juga boleh dipupuk. Semua aliran sekolah menggunakan bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu dan kurikulum yang sama. Sistem pendidikan merupakan mekanisme ampuh yang berupaya melahirkan generasi patriotik. Selain itu juga, kerajaan memperkenalkan kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) dan kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM) pada tahun 1982 dan 1988.Kedua-dua kurikulum itu bertujuan memupuk semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum seperti yang terkandung dalam falsafah pendidikan kebangsaan.  
    


             Seterusnya langkah Kementerian Pendidikan menjadikan mata pelajaran sejarah dan kajian tempatan sebagai mata pelajaran teras dilihat sebagai tindakan efektif bagi menyemai dan menyuburkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Para pelajar juga disarankan untuk mengkaji, menyelidik, dan menganalisis peristiwa sejarah dan mengambil ikhtibar daripada peristiwa sejarah.Sebagai contoh, tragedi  hitam 13 Mei 1969 telah menjadi pengajaran kepada para pelajar supaya menjaga perpaduan antara kaum. Kajian tempatan dijadikan mata pelajaran teras bagi semua murid sekolah rendah dan mengandungi elemen-elemen pengetahuan sejarah dan geografi. Manakala, dari segi pendidikan sejarah dapat menyemai bibit-bibit semangat perpaduan dan patriotic dalam kalangan pelajar.Seterusnya Kementerian Pendidikan Malaysia juga menghidupkan kembali mata pelajaran kesedaran sivik dan kewarganegaraan di sekolah pada akhir dekad 1970 an. Kesedaran sivik diajar diperingkat rendah lagi di semua sekolah untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat patriotism dan bersatu padu. Dan akhirnya dapat melahirkan rakyat yang positif.

Pihak Sekolah

          Pihak sekolah perlu mengadakan lawatan ke tempat bersejarah untuk pelajar-pelajar sekolah supaya menjadi generasi yang mempunyai semangat patriotisme. Terdapat banyak tempat bersejarah di negara kita untuk dikunjungi. Tempat-tempat tersebut merupakan monument yang perlu dipelihara supaya generasi kini akan dapat melihat sendiri dan merasai kesan yang amat mendalam. Sebagai contoh tempat bersejarah yang boleh dilawati ialah Kota A’ Famosa di Melaka. Sambil melawat ke tempat bersejarah, guru yang mengetuai lawatan tersebut perlu menceritakan tentang kejatuhan Melaka lalu Portugis membina Kota A’ Famosa. 
          

          Pelajar-pelajar akan dapat melihat kesan peristiwa tanah air dan dapat menerapkan semangat cinta akan negara.pemerhatian mereka terhadap kesan-kesan peninggalan sejarah akan melahirkan semangat juang untuk menpertahankan
negara daripada ancaman musuh. Contohnya, kunjungan ke tempat bersejarah yang lain seperti Bandar Hilir Melaka yang akan mengingatkan mereka kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris.

           
            Kesimpulannya dasar pendidikan kebangsaan merupakan salah satu cara yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat patriotism dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan