Khamis, 11 Februari 2016

Peranan Kerajaan memupuk semangat cinta akan negara



Peranan Kerajaan

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

        
          Program latihan khidmat negara telah diperkenalkan oleh kerajaan pada 16 Februari 2004. Tarikh tersebut dianggap sebagai tarikh yang bersejarah dan amat bererti bagi pengukuhan golongan remaja di Malaysia. PLKN ini dijadikan sebagai satu platform permulaan satu agenda nasional untuk melatih remaja Malaysia supaya menjadi generasi pewaris negara yang lebih cemerlang daripada generasi pada hari ini.

       Program latihan khidmat negara dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan iaitu meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan dan melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.

        
            Program PLKN ini jelas menunjukkan bahawa objektif  utama pelaksanaannya adalah untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Generasi muda merupakan peneraju kepimpinan negara pada masa akan datang.
Pengisian modul kenegaraan ini mampu melahirkan remaja yang mempunyai semangat cinta akan tanah air atau semangat patriotisme. Pelatih akan mendalami semua aspek yang akan ditekankan seterusnya akan meyedarkan pelatih tentang kepentingan semangat patriotisme dalam pembangunan sesebuah negara. Semangat patriotisme akan diperkukuhkan lagi apabila pelatih melakukan aktiviti seperti perarakan jalur gemilang dan sambutan hari kemerdekaan.


\


Sambutan Hari Perpaduan.


           Menurut akhbar berita harian pada tarikh 11 september 2011 mengatakan seorang pemegang amanah yayasan 1 malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye telah mencadangkan bahawa hari Malaysia iaitu pada 16 september dijadikan hari perpaduan negara bagi mencerminkan aspirasi semua rakyat Malaysia untuk semua negara yang bersatu padu. 

            Hari Malaysia harus menjadi kuasa penyatuan untuk membawa rakyat pelbagai bangsa bersama-sama mencapai matlamat yang sama untuk mencapai kejayaan negara.
Sambutan hari Malaysia merangkap sambutan hari perpaduan dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. 

              Sebagai contoh apabila aktiviti nyanyian lagu patriotisme lagu negaraku, persembahan kebudayaan yang mewakili kaum masing-masing keadaan ini secara langsung akan meningkatkan semangat patriotisme terutama kepada individu yang menghadiri sambuta tersebut mereka akan berasa bangga dan semangat cinta akan tanah air semakin berkobar-kobar.


Sambutan Hari Kemerdekaan Kebangsaan.


              Sambutan hari kemerdekaan merupakan satu program yang wajib dilaksanakan oleh negara bagi memastikan semangat patriotisme dalam diri wargenagera terus tersemai kukuh. Pihak kerajaan melaksanakan hari kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos , setiap tahun hari kemerdekaan mempunyai tema yang tersendiri. Pada tahun ini iaitu tahun 2014 , tema hari kemerdekaan yang ke 57  ialah “Di sini Lahirnya Sebuah Cinta”. Tema kemerdekaan tahun ini sangat memberikan kesan yang mendalam dan melahirkan semangat kecintaan dalam diri setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Tema ini dipetik daripada lirik lagu warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

              Pihak kerajaan telah membuat sambutan hari kemerdekaan dengan pengisian program atau aktiviti yang dapat mengukuhkan semangat patriotisme dalam diri rakyat Malaysia. Seperti yang kita semua tahu bahawa setiap kali adanya hari sambutan kemerdekaan aktiviti wajib dilaksanakan ialah percikan bunga api kemudian diiringi dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu kemerdekaan yang lain. Selain itu, terdapat juga aktiviti perakaran badan-badan kerajaan, beruniform dan NGO, demostrasi reformasi yang dilakukan oleh pelajar sekolah khususnya dan sebagainya. kesemua aktiviti ini melibatkan seluruh kaum di Malaysia ,keadaan ini mampu memupuk semangat perpaduan sekaligus memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk.

                  


Kesimpulan itu , kerajaan malaysia amat berjaya membawa rakyat ke dunia yang aman dan makmur .








1 ulasan:

  1. Casino No Deposit Bonus Codes 2021 - Wooricasinos
    Welcome Bonus Code — Casino No Deposit Bonus 비윈티비 Codes. Find the latest casino no 벳 365 코리아 deposit bonus codes here, 마추 자 사이트 with the best odds and 토토커뮤니티 offers 윈윈 벳 먹튀 at

    BalasPadam