Khamis, 11 Februari 2016

Kepentingan Cinta Akan Negara

Kepentingan Cinta Akan Negara 


                Kepentingan pertama semangat patriotisme di kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita.

                 Selain itu, semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan negara. Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar
dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Semangat patriotisme akan menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong leblh ramal pelabur asing membuka perniagaan di Malaysia. Sesungguhnya, kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan lagi taraf hidup rakyat dan seterusnya negara kita akan terus maju.

                   


                 Semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum. Sesungguhnya, semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan pelbagai  program pembangunan untuk kemudahan rakyat. Selain itu, suasana yang harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan sektor pelancongan negara.



                  Kebaikan lain semangat patriotisme di kalangan rakyat ialah ia dapat menjadi contoh kepada generasi muda. Generasi muda khususnya yang lahir selepas merdeka kurang memahami kepentingan semangat patriotisme. Dengan adanya program-program yang menjurus kepada mewujudkan semangat patriotisme seperti sambutan Bulan Kemerdekaan ianya pasti dapat memberi kesedaran kepada generasi muda. Selain itu, generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme. Sesungguhnya, mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah adalah baik kerana dapat memberikan pengetahuan dan pengajaran tentang sejarah negara kepada generasi muda.



                  Di samping itu, semangat patriotisme di kalangan rapatkyat juga dapat menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain dalam menerapkan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Malaysia juga telah beberapa kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama di beberapa buah negara jiran.

Semangat  patriotisme amat penting oleh itu kita mesti membelajari dan mengamalkan semangat cinta akan negara 






1 ulasan:

  1. Mohegan Sun at Pocono Downs Casino marks 30th anniversary
    Casino 서산 출장안마 at Mohegan Sun 문경 출장샵 Pocono Downs Casino in Wilkes-Barre, PA. On Thursday, 화성 출장마사지 June 21, 2015, the 보령 출장안마 new company will celebrate 이천 출장안마 the 20th anniversary of

    BalasPadam