Khamis, 11 Februari 2016

Peranan ibu bapa menunjuk semangat patriotisme

  PERANAN IBU BAPA    

         Ibu bapa merupakan  individu  yang  akan  memainkan  peranan  penting    dalam  memupuk  semangat  patriotisme  dari  peringkat  akar  umbi  lagi.

         Ibu bapa  haruslah  menunjukkan  contoh  yang  baik  kepada  anak-anak sebagai  tanda  wujudnya  semangat  patriotism  contohnya  memasang   bendara  jalur gemilang  di  rumah  dan  kenderaan  terutamanya  apabila  menjelang  hari  kemerdekaan.  
        


           Selain itu, ibu  bapa  perlu  membawa  anak-anak  menyambut  hari kemerdekaan.  Ibu bapa  dan  anak-anak  perlu  melihat   atau  menyertai sambutan  di  kawasan  setempat  atau  ibu bapa  mengajak  anak-anak menyaksikan  kemeriahan  kemerdekaan di  televisyen.  Di samping menyaksikan kemeriahan kemerdekaan akan dapat mengimbas kembali  memori sewaktu negara dijajah melalu nukilan puisi-puisi, sketsa, novel-novel  kemerdekaan terbit di hati meraka semangat biar patah tulang, jangan putih mata. Ibu bapa juga perlu menerangkan kepada anak-anak nikmat menjadi anak pascamerdeka dan bersyukur kerana diberikan keamanan dan kedamaian.



   
            Seterusnya, ibubapa juga boleh menerapkan semangat patriotisme dalam diri anak mereka melalui aktiviti riadah yang dilakukan bersama anak-anak seperti melawat tempat bersejarah, , menonton filem kemerdekaan iaitu filem Hati Malaya. Aktiviti riadah yang akan memupuk semangat patriotisme dalam diri anak sejak kecil perlulah dilaksanakan oleh semua ibubapa tidak mengira kaum di Malaysia. Seperti pepatah ada mengatakan “melentur buloh biarlah dari rebungnya” jika kita mahu melahirkan individu yang mempunyai semangat patriotisme kita perlulah pupuk nilai tersebut dari kecil lagi kerana individu ini merupakan pemimpin negara pada masa akan datang.





            Ibu bapa perlu sering bercerita tentang tokoh-tokoh pejuang tanah air kepada anak-anak. Secara tidak langsung semangat patriotik dapat diterapkan semasa anak-anak masih kecil lagi. Ibu bapa haruslah bercerita tentang perjuangan tokoh-tokoh terkenal seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Tok Kenali,Datuk Bahaman dan banyak lagi pejuang tanah air.Ibu bapa perlu mendedahkan jasa-jasa pejuang tanah air dengan memberitahu mereka betapa sukarnya berjuang untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajahan.Apabila bercerita ibu bapa perlu menekankan betapa pentingnya semangat patriotisme dalam diri kita. 
        

           Kesimpulan itu, Ibu bapa memberkan contoh yang baik kepada anak-anak supaya menjadi insan yang berguna 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan