Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita seharusnya mempunyai sifat-sifat mulia dan berbangga menjadi menjadi salah seorang penduduk di Negara yang aman dan makmur ini. Modal insan yang patriotik ini juga boleh dibentuk melalui aktiviti sukan dan permainan. Melalui aktiviti sukan dan permainan semangat cinta akan Negara akan lahir apabila terdapat semangat serta minat yang mendalam tentang sesuatu permainan dan berusaha untuk mendalaminya dan mempelajarinya. Aktiviti sukan dan permainan juga akan dapat menyedarkan masyarakat tentang kepentingan Sesuatu permainan tersebut dan akan mewujudkan perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia.
Selain itu kita diajar supaya menghormati raja dan pemimpin Negara. Kita juga di didik supaya menghormati lambang-lambang Negara seperti bendera. Sukan dan permainan juga dapat memupuk modal insan berpatriotik dan bersemangat setia Negara. Ahli sukan yang tulen, memiliki rasa cinta akan bangsa dan Negara. Selain itu,mereka sanggup membelakangkan kepentingan diri kerana sudah menjadi adat dalam permainan ada yang kalah dan ada yang menang bak kata pepatah.’alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Ada ahli sukan yang masih berani untuk berlawan walaupun lawannya lebih handal. Oleh yang demikian itu,mereka berani mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara.
Sukan dan permainan juga dapat melahirkan modal insan yang patriotik serta bersemangat kekitaan. Perkara ini boleh dilihat apabila terdapat kerjasama diantara pasukan dan lahirlah semangat kekitaan dalan diri para pemain. Mereka perlu sentiasa tolong menolong dan bermuafakat diantara satu sama lain. Ahli sukan juga perlu sentiasa berdisiplin tinggi,berakhlak mulia dan mempunyai budi pekerti yang tinggi dan sentiasa mematuhi peraturan serta undangundang permainan. Semasa menyertai mana-mana permainan atau aktiviti sukan,kita perlu berlakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinngi.
Seterusnya modal insan yang patriotik dapat dicapai apabila kita sentiasa bertindak wajar dan sentisas amanah serta jujur dalam melakukkan sesuatu permainan. Sebagai pemimpin pula seharusnya sentiasa menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda yang merupakan pewaris Negara. Mereka perlu berusaha dan produktif serta tidak mudah berputus asa dalam menghadapi cabaran
Peristiwa yang mengancam semangat perpaduan dan
cinta akan negara
Dalam
sejarah Malaysia Moden peristiwa berdarah 13 Mei telah mencatatkan satu titik
hitam yang pasti tidak dapat dilupakan oleh setiap rakyat di negara ini.
Pertumpahan darah dan kacau bilau yang dahsyat yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu
hampir menghancurkan Negara Rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah
perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta
harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum 1969”
merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Isu-isu
perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen
pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan
Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya
daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan
dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu
sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah
menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Parti
Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO–MCA–MIC) telah mengalami kekalahan yang
teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan
Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66
kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga
dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP)
dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat
manakala PAS menang 12 kerusi.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak
pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina
orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar
Kuala Lumpur.
Tuntasnya untuk mengelakkan peristiwa tersebut kami sebagai rakyat Malaysia haruslah
cinta akan Negara dan bersyukur menghargai Negara kita .
Kepentingan pertama semangat patriotisme di kalangan
rakyat adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan
wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus
aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika
rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini
berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi
negara kita.
Selain itu, semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada
kemajuan negara. Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat
untuk memajukan negara. Rakyat juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar
dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Semangat patriotisme akan
menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong leblh ramal pelabur
asing membuka perniagaan di Malaysia. Sesungguhnya, kedatangan pelabur asing
ini akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan lagi taraf hidup rakyat dan
seterusnya negara kita akan terus maju.
Semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum. Sesungguhnya,
semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan
negara daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan
akan dapat melaksanakan pelbagai program
pembangunan untuk kemudahan rakyat. Selain itu, suasana yang harmoni antara
kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini akan dapat
merangsang perkembangan sektor pelancongan negara.
Kebaikan lain semangat patriotisme di kalangan rakyat ialah ia dapat
menjadi contoh kepada generasi muda. Generasi muda khususnya yang lahir selepas
merdeka kurang memahami kepentingan semangat patriotisme. Dengan adanya
program-program yang menjurus kepada mewujudkan semangat patriotisme seperti
sambutan Bulan Kemerdekaan ianya pasti dapat memberi kesedaran kepada generasi
muda. Selain itu, generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan
melibatkan diri dengan perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme.
Sesungguhnya, mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah adalah baik kerana
dapat memberikan pengetahuan dan pengajaran tentang sejarah negara kepada
generasi muda.
Di samping itu, semangat patriotisme di kalangan rapatkyat juga dapat
menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan
pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya
semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah
negara Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain dalam menerapkan
semangat patriotisme di kalangan rakyat. Malaysia juga telah beberapa kali
menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama di beberapa
buah negara jiran.
Semangat patriotisme amat penting oleh itu kita mesti membelajari dan mengamalkan semangat cinta akan negara
Ibu bapa merupakan individu yang akan memainkan peranan penting dalam memupuk semangat patriotisme dari peringkat akar umbi lagi.
Ibu bapa haruslah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak sebagai tanda wujudnya semangat patriotism contohnya memasang bendara jalur gemilang di rumah dan kenderaan terutamanya apabila menjelang hari kemerdekaan.
Selain itu, ibu bapa perlu membawa anak-anak menyambut hari kemerdekaan. Ibu bapa dan anak-anak perlu melihat atau menyertai sambutan di kawasan setempat atau ibu bapa mengajak anak-anak menyaksikan kemeriahan kemerdekaan di televisyen. Di samping menyaksikan kemeriahan kemerdekaan akan dapat mengimbas kembali memori sewaktu negara dijajah melalu nukilan puisi-puisi, sketsa, novel-novel kemerdekaan terbit di hati meraka semangat biar patah tulang, jangan putih mata. Ibu bapa juga perlu menerangkan kepada anak-anak nikmat menjadi anak pascamerdeka dan bersyukur kerana diberikan keamanan dan kedamaian.
Seterusnya, ibubapa juga boleh menerapkan semangat patriotisme dalam diri anak mereka melalui aktiviti riadah yang dilakukan bersama anak-anak seperti melawat tempat bersejarah, , menonton filem kemerdekaan iaitu filem Hati Malaya. Aktiviti riadah yang akan memupuk semangat patriotisme dalam diri anak sejak kecil perlulah dilaksanakan oleh semua ibubapa tidak mengira kaum di Malaysia. Seperti pepatah ada mengatakan “melentur buloh biarlah dari rebungnya” jika kita mahu melahirkan individu yang mempunyai semangat patriotisme kita perlulah pupuk nilai tersebut dari kecil lagi kerana individu ini merupakan pemimpin negara pada masa akan datang.
Ibu bapa perlu sering bercerita tentang tokoh-tokoh pejuang tanah air kepada anak-anak. Secara tidak langsung semangat patriotik dapat diterapkan semasa anak-anak masih kecil lagi. Ibu bapa haruslah bercerita tentang perjuangan tokoh-tokoh terkenal seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Tok Kenali,Datuk Bahaman dan banyak lagi pejuang tanah air.Ibu bapa perlu mendedahkan jasa-jasa pejuang tanah air dengan memberitahu mereka betapa sukarnya berjuang untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajahan.Apabila bercerita ibu bapa perlu menekankan betapa pentingnya semangat patriotisme dalam diri kita. Kesimpulan itu, Ibu bapa memberkan contoh yang baik kepada anak-anak supaya menjadi insan yang berguna
Antara langkah lain dalam mewujudkan semangat patriotisme
dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia ialah dengan penubuhan Kelab Rukun
Negara. Kelab Rukun Negara (KRN) adalah bertujuan untuk memupuk nilai-nilai
yang terdapat dalam rukun negara dalam setiap diri rakyat Malaysia.
Selain itu
juga, KRN juga diwujudkan untuk melahirkan masyarakat yang sentiasa bermuafakat
bagi menghadapi sebarang ancaman di
negara ini. Selain itu, prinsip dalam
KRN juga sentiasa mengingatkan para
pelajar tentang kepentingan semangat patriotisme antara kaum di Malaysia.Kelab
Rukun Negara diperkenalkan kepada murid supaya mereka mengetahui dan memahami
falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara.
Di samping itu juga. Usaha ini
dilakukan untuk menyemai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara di kalangan
murid di sekolah. Dengan penubuhan Rukun Negara juga dapat mempertingkatkan
lagi semangat perpaduan di kalangan murid berasaskan sikap saling mempercayai,
hormat-menghormati, toleransi dan kerjasama antara kaum.Oleh hal yang demikian,
Kelab Rukun Negara ini dilihat sebagai salah satu usaha positif daripada
kerajaan untuk memastikan wujudnya semangat patriotisme yang berterusan antara
murid yang berbilang kaum. Penubuhan Kelab Rukun Negara ini diharap dapat
memberi kesan sedikit sebanyak kesan positif dalam usaha kerajaan untuk
meningkatkan lagi semangat patriotisme di kalangan masyarakat majmuk di negara
Malaysia ini.
Konteks Agama dan Pendidikan Moral.
Pendidikan moral dan konteks agama merupakan salah
satu cara memupuk semangat patriotisma dalam kalangan masayarakat majmuk di
Malaysia. Seperti yang kita tahu, ajaran Islam itu sendiri mengajar dan
menuntut umatnya supaya menghormati hak orang lain, hak sesama islam, hak jiran
dan sebagainya. Semangat patriotisma antara kaum dalam sesebuah masyarakat merupakan
wahana yang membolehkan umat beribadah dengan aman dan selamat.
Selain itu juga, kontek agama yang menekankan kita
untuk hidup bermasyarakat dan menghormati antara satu sama lain walaupun kita
berbeza agama dan juga bangsa. Agama kita sendiri menekankan seandainya kita bergaul
baik dengan semua orang kita tidak akan terbelenggu dengan ketidakpuasan orang
lain. Seperti apa yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 dimana rusuhan kaum
berlaku disebabkan oleh berbangkitnya isu-isu perkauman.
Seterusnya selain dari
konteks agama. Pendidikan moral juga di ajar disekolah bagi memupuk semangat
patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia terutama
kalangan pelajar. Para pelajar dididik agar minda mereka disulami dengan nilai-nilai
yang boleh membangkitkan semangatmemperjuangkan dan menjaga kedaulatan Negara agar tidak mudah dibaham
oleh mana-mana kuasa asing. Bak kata pepatah melayu, ‘bersatu teguh, bercerai
roboh ataubulat air kerana pembentung,
bulat kata kerana muafakat. Oleh itu sama-samalah kita memupuk semangat
patriotisme agar tidak terhapus dalam kalangan kita meski dunia makin maju.
Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Melalui dasar pendidikan kebangsaan, semangat
patriotism juga boleh dipupuk. Semua aliran sekolah menggunakan bahasa yang sama
iaitu Bahasa Melayu dan kurikulum yang sama. Sistem pendidikan merupakan
mekanisme ampuh yang berupaya melahirkan generasi patriotik. Selain itu juga,
kerajaan memperkenalkan kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) dan kurikulum
bersepadu sekolah menengah (KBSM) pada tahun 1982 dan 1988.Kedua-dua kurikulum
itu bertujuan memupuk semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan rakyat
yang berbilang kaum seperti yang terkandung dalam falsafah pendidikan
kebangsaan.
Seterusnya langkah Kementerian
Pendidikan menjadikan mata pelajaran sejarah dan kajian tempatan sebagai mata
pelajaran teras dilihat sebagai tindakan efektif bagi menyemai dan menyuburkan
semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Para pelajar juga disarankan untuk
mengkaji, menyelidik, dan menganalisis peristiwa sejarah dan mengambil ikhtibar
daripada peristiwa sejarah.Sebagai contoh, tragedi hitam 13 Mei 1969 telah menjadi pengajaran
kepada para pelajar supaya menjaga perpaduan antara kaum. Kajian tempatan
dijadikan mata pelajaran teras bagi semua murid sekolah rendah dan mengandungi
elemen-elemen pengetahuan sejarah dan geografi. Manakala, dari
segi pendidikan sejarah dapat menyemai bibit-bibit semangat perpaduan dan patriotic
dalam kalangan pelajar.Seterusnya Kementerian Pendidikan Malaysia juga
menghidupkan kembali mata pelajaran kesedaran sivik dan kewarganegaraan di sekolah
pada akhir dekad 1970 an. Kesedaran sivik diajar diperingkat rendah lagi di semua
sekolah untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat patriotism dan
bersatu padu. Dan akhirnya dapat melahirkan rakyat yang positif.
Pihak Sekolah
Pihak sekolah perlu mengadakan lawatan ke
tempat bersejarah untuk pelajar-pelajar sekolah supaya menjadi generasi yang
mempunyai semangat patriotisme. Terdapat banyak tempat bersejarah di negara kita
untuk dikunjungi. Tempat-tempat tersebut merupakan monument yang perlu
dipelihara supaya generasi kini akan dapat melihat sendiri dan merasai kesan yang
amat mendalam. Sebagai contoh tempat bersejarah yang boleh dilawati ialah Kota
A’ Famosa di Melaka. Sambil melawat ke tempat bersejarah, guru yang mengetuai
lawatan tersebut perlu menceritakan tentang kejatuhan Melaka lalu Portugis
membina Kota A’ Famosa.
Pelajar-pelajar akan dapat melihat kesan peristiwa
tanah air dan dapat menerapkan semangat cinta akan negara.pemerhatian mereka
terhadap kesan-kesan peninggalan sejarah akan melahirkan semangat juang untuk
menpertahankan
negara daripada ancaman musuh. Contohnya, kunjungan
ke tempat bersejarah yang lain seperti Bandar Hilir Melaka yang akan mengingatkan
mereka kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh Portugis, Belanda dan
Inggeris.
Kesimpulannya dasar pendidikan kebangsaan merupakan
salah satu cara yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat patriotism dalam
kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
Program latihan khidmat negara telah diperkenalkan oleh kerajaan pada 16 Februari 2004. Tarikh tersebut dianggap sebagai tarikh yang bersejarah dan amat bererti bagi pengukuhan golongan remaja di Malaysia. PLKN ini dijadikan sebagai satu platform permulaan satu agenda nasional untuk melatih remaja Malaysia supaya menjadi generasi pewaris negara yang lebih cemerlang daripada generasi pada hari ini.
Program latihan khidmat negara dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan iaitu meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan dan melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.
Program PLKN ini jelas menunjukkan bahawa objektif utama pelaksanaannya adalah untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Generasi muda merupakan peneraju kepimpinan negara pada masa akan datang.
Pengisian modul kenegaraan ini mampu melahirkan remaja yang mempunyai semangat cinta akan tanah air atau semangat patriotisme. Pelatih akan mendalami semua aspek yang akan ditekankan seterusnya akan meyedarkan pelatih tentang kepentingan semangat patriotisme dalam pembangunan sesebuah negara. Semangat patriotisme akan diperkukuhkan lagi apabila pelatih melakukan aktiviti seperti perarakan jalur gemilang dan sambutan hari kemerdekaan.
\
Sambutan Hari Perpaduan.
Menurut akhbar berita harian pada tarikh 11 september 2011 mengatakan seorang pemegang amanah yayasan 1 malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye telah mencadangkan bahawa hari Malaysia iaitu pada 16 september dijadikan hari perpaduan negara bagi mencerminkan aspirasi semua rakyat Malaysia untuk semua negara yang bersatu padu.
Hari Malaysia harus menjadi kuasa penyatuan untuk membawa rakyat pelbagai bangsa bersama-sama mencapai matlamat yang sama untuk mencapai kejayaan negara.
Sambutan hari Malaysia merangkap sambutan hari perpaduan dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
Sebagai contoh apabila aktiviti nyanyian lagu patriotisme lagu negaraku, persembahan kebudayaan yang mewakili kaum masing-masing keadaan ini secara langsung akan meningkatkan semangat patriotisme terutama kepada individu yang menghadiri sambuta tersebut mereka akan berasa bangga dan semangat cinta akan tanah air semakin berkobar-kobar.
Sambutan Hari Kemerdekaan Kebangsaan.
Sambutan hari kemerdekaan merupakan satu program yang wajib dilaksanakan oleh negara bagi memastikan semangat patriotisme dalam diri wargenagera terus tersemai kukuh. Pihak kerajaan melaksanakan hari kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos , setiap tahun hari kemerdekaan mempunyai tema yang tersendiri. Pada tahun ini iaitu tahun 2014 , tema hari kemerdekaan yang ke 57 ialah “Di sini Lahirnya Sebuah Cinta”. Tema kemerdekaan tahun ini sangat memberikan kesan yang mendalam dan melahirkan semangat kecintaan dalam diri setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Tema ini dipetik daripada lirik lagu warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad.
Pihak kerajaan telah membuat sambutan hari kemerdekaan dengan pengisian program atau aktiviti yang dapat mengukuhkan semangat patriotisme dalam diri rakyat Malaysia. Seperti yang kita semua tahu bahawa setiap kali adanya hari sambutan kemerdekaan aktiviti wajib dilaksanakan ialah percikan bunga api kemudian diiringi dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu kemerdekaan yang lain. Selain itu, terdapat juga aktiviti perakaran badan-badan kerajaan, beruniform dan NGO, demostrasi reformasi yang dilakukan oleh pelajar sekolah khususnya dan sebagainya. kesemua aktiviti ini melibatkan seluruh kaum di Malaysia ,keadaan ini mampu memupuk semangat perpaduan sekaligus memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk.
Kesimpulan itu , kerajaan malaysia amat berjaya membawa rakyat ke dunia yang aman dan makmur .
Dengan kesan ataupun pengajaran yang kita boleh dapat daripada topik kita adalah dapat membentuk ke arah pembina negara yang bersatu padu. Apabila transformasi ini berlaku kermerdekaan akan terus dapat didaulatkan. Selain itu, keyakinan kita bahawa negara ini berbanding dengan negara lain boleh dilahirkan. Dengan ini, kita dapat tanya apakah sumbangan kita kepada negara yang kita cintai. Di samping itu, kesetiaan kepada raja dan negara akan ditunjukkan oleh warganegara melalui sumbangan dan pergorbanan. Unsur ini akan disemai dan ditanam dalam jiwa generasi muda khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Justeru itu, dalam bidang ekonomi, politik, sukan, pendidikan, hubungan diplomatik dan penglibatan Malaysia dalam konteks globalisasi dapat dipertingkatkan oleh warganegara kita dengan konsep cinta akan negara.
Kesimpulannya, usaha-usaha untuk memupuk semangat nilai cinta akan negara perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat nilai cinta akan negara ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Sekiranya semangat nilai cinta akan negara tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.